Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengkaji cadangan membenarkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk membungkus minyak masak polibeg bersubsidi bagi mengekang ketirisan produk itu.<br /><br />Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata itu adalah antara cadangan yang akan dipertimbangkan.